Setiausaha Agung OIC lawat Malaysia esok

Iyad Ameen Madani
PUTRAJAYA, Khamis – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Tan Sri Iyad Ameen Madani akan melakukan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia, bermula esok.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata dalam lawatan keduanya ke Malaysia dari 8 hingga 10 Jan ini, Iyad Ameen dijadual melakukan kunjugan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mereka dijangka berbincang tentang cabaran semasa yang dihadapi umat Islam dan perkembangan terbaru di rantau ini,” kata kenyataan itu.

Iyad Ameen pertama kali melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dari 14 hingga 16 April tahun lepas.

Wisma Putra berkata, sebagai anggota pengasas OIC, Malaysia terus memainkan peranan penting dalam menjaga kepentingan dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian