Sidang Parlimen Khas bahas TPPA hanya lakonan kerajaan: PAS

tppa-3

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Jumaat – PAS menyifatkan sidang Parlimen Khas bahas perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mungkin sekadar lakonan hiasan bahawa kerajaan masih sedia mendengar.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebaliknya ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah diberi arahan untuk mengundi menyertai TPPA dari pihak atasan.

“Kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPPA berdasarkan keputusan undi ahli parlimen BN.

“Para pimpinan BN tidak seharusnya meletakkan negara pada situasi yang terdedah kepada pengaruh berlebihan pihak asing terutamanya Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, isu TPPA adalah isu yang akan meninggalkan kesan besar kepada masa depan negara dan generasi akan datang.

Justeru, kerajaan tidak boleh membuat keputusan menandatangani perjanjian itu berdasarkan keputusan 134 ahli Parlimen BN yang terbukti bertindak seperti ‘lembu dicucuk hidung.’

“Himpunan rakyat membantah TPPA pada 23 Januari 2016 nanti adalah sebahagian daripada usaha dan kebimbangan rakyat terhadap sikap pihak kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk menyertai perjanjian tersebut.

“Himpunan ini adalah satu desakan kepada kerajaan agar mengambil kira pandangan dan bantahan rakyat terhadap perjanjian TPPA,” katanya.

Katanya lagi, PAS turut mencadangkan supaya satu referendum rakyat perlu dibuat bagi kerajaan mendapatkan mandat sama ada menandatangani perjanjian atau tidak.

“Dengan referendum ini, rakyat akan lebih jelas implikasi baik buruk keterlibatan negara dalam TPPA ini melalui siri penerangan dan penjelasan semua pihak,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian