SKMM pantau peniaga dan syarikat komunikasi kad tambah nilai
HULU TERENGGANU, Isnin – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan terus memantau peniaga dan syarikat komunikasi yang menjual kad tambah nilai telefon bimbit bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan mengenakan cas tambahan kepada pembeli.
Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata SKMM tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang gagal mematuhinya dan akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sekiranya ada aduan.
Katanya, sejak pelaksanaan tanpa sebarang cas tambahan sejak awal Januari lalu, kementerian tidak menerima sebarang aduan mahupun rungutan daripada orang ramai berhubung perkara itu dan berharap keadaan tersebut akan berterusan.
“Hasil pemerhatian yang dibuat mendapati peniaga dan pengendali syarikat komunikasi faham serta mematuhi arahan dengan menjual kad tambah nilai telefon bimbit mengikut harga yang telah ditetapkan.
“Pemantauan berterusan akan terus dibuat dan hasil pemantauan setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan termasuk di wilayah pantai timur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.- Bernama
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan