Soal aurat: Dr Maza harus tegas dengan feminis

Maza3

Saya amat menghargainya apabila Mufti Perlis bersuara mengenai masalah pakaian pramugari MAS yang tidak dibenarkan menutup aurat dengan sempurna dan terpaksa menghidangkan arak.

Walau bagaimanapun saya kurang bersetuju dengan pendapat beliau bahawa teguran-teguran yang diberikan oleh pihak-pihak lain sebelum ini, baik dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang serta NGO2 wanita Muslim merupakan hanya retorik. Bahkan isu pakaian syarikat penerbangan nasional Malaysia (MAS) sentiasa dibicarakan oleh rakyat marhaen sehingga diperlekehkan pihak-pihak berfahaman liberal dan sekular.

Jika Dr Maza mengikuti perkembangan semasa, pihak-pihak yang menyentuh isu pakaian pramugari ini sentiasa dipersenda dan dibidas, di antaranya melalui anugerah feminisme seperti “Aiyoh What Lah Awards” yang dianjurkan oleh The Joint Action Gender Group (JAG) yang mana turut dianggotai oleh Sister in Islam (SIS). Sebagai contoh seorang ahli parlimen, Ikmal Hisham Abdul Aziz, telah dicalonkan dalam anugerah ini hanya kerana beliau mengutarakan isu pakaian pramugari Air Asia yang seksi.

Apa yang lebih utama, Dr Maza harus menegur dan turut menangani pihak-pihak seperti Sister In Islam yang pergi lebih jauh apabila mengatakan bahawa rambut bukan sebahagian dari aurat dengan memanipulasikan pandangan ulama. Tambahan pula SIS mengemukakan hadis riwayat Aisyah r.a dalam menyokong pandangan mereka.

Maka adalah amat wajar, Dr Maza bertegas memperbetulkan pandangan dan prejudis mereka terhadap kewajipan menutup aurat. Ini adalah kerana kebanyakan kumpulan feminist di Malaysia, juga portal berbahasa Inggeris menjadikan SIS dan juga Musawwah sebagai rujukan mereka termasuk dalam soal kewajipan menutup aurat.

Dalam soal aurat, Dr Maza tidak dapat tidak harus berhadapan dengan kumpulan beraliran feminisme dan menegur secara tegas pandangan mereka yang tersasar.

Adapun di bawah adalah berbagai gesaan dari pihak-pihak sebelum ini yang telah dibuat berhubung dengan isu pakaian pramugari MAS dan juga penerbangan tempatan yang lain:

1. http://ift.tt/1R2QxEl

2. http://ift.tt/1MLWcXC

3. http://ift.tt/1R2QxEn

4. http://ift.tt/1R2QvMM

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Ketua Penerangan Wanita ISMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian