SPRM nafi syor 37 dakwaan terhadap Najib

najib sprm

BANGI, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan agensi itu menyenaraikan 37 syor dakwaan yang perlu dikenakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam laporan yang diserahkan kepada Peguam Negara.

Dalam kenyataan tiga perenggan hari ini, SPRM berkata, tuduhan yang mengatakan SPRM mengemukakan cadangan 37 dakwaan terhadap Najib membabitkan kes SRC International itu adalah tidak benar.

Sebelum ini, agensi penguat kuasa rasuah itu telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, Peguam Negara menyerahkan kembali kertasa siasatan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib, kepada SPRM untuk dilakukan beberapa pembetulan.

Kenyataan itu turut mengesahkan menerima kembali kertas siasatan berkenaan dan mengambil maklum arahan daripada Jabatan Peguan Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang telah dikemukakan oleh SPRM.

“Respon SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat,” kata kenyataan itu.

Penafian SPRM hari ini dipercayai berkaitan berita portal Sarawak Report yang mendakwa SPRM mencadangkan 27 dakwaan terhadap Najib.

Laporan portal itu juga mendakwa Najib cuba berbincang untuk melepaskan jawatannya, tetapi dengan syarat mendapat imuniti serta wang RM4 bilion.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian