Suhakam gesa tingkatkan kesedaran rakyat mengenai UPR

LOGO-SUHAKAMKOTA KINABALU, Rabu – Rakyat Malaysia perlu mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR), kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Datuk Dr Khaw Lake Tee.

Beliau berkata tidak ramai rakyat Malaysia termasuk pegawai kerajaan sedar mengenai UPR dan komitmen yang dibuat kerajaan Malaysia dalam UPR kedua pada 2014 serta kemajuan UPR, walaupun kerajaan telah berusaha melaksanakan pelbagai program menambah baik kedudukan hak asasi manusia.

“Kita perlu menggalakkan penyertaan aktif pihak-pihak berkepentingan seperti pertubuhan masyarakat sivil (CSOs), agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta media dalam pelaksanaan UPR (cadangan) oleh kerajaan,” katanya semasa perundingan SUHAKAM mengenai UPR kedua Malaysia dengan CSOs, agensi kerajaan dan pengamal media di sini semalam.

UPR adalah proses yang dijalankan untuk menyemak rekod hak asasi manusia di kesemua 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), setiap empat setengah tahun.

UPR kedua Malaysia dibentangkan pada sesi kumpulan kerja UPR ke-17 pada Oktober 2013 di Geneva dan Malaysia mengguna pakai hasil kedua UPR semasa sesi Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) ke-25 pada Mac 2014.

Kerajaan menerima 150 cadangan daripada negara-negara anggota PBB dengan 113 diterima sepenuhnya, 22 pada dasarnya dan selebihnya secara sebahagian. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian