Sultan Perak tegur pemaju bina rumah mahal

Sultan-Nazrin-Muizzuddin-Shah

BANGI, Isnin – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menegur tindakan pemaju hartanah yang dianggap lebih berminat membina rumah yang mahal untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Baginda dalam titahnya berkata, perkara itu semakin disuarakan rakyat yang berpendapatan rendah terutama dalam kalangan Bumiputera.

“Rumah-rumah yang siap dibina dijual pada harga di luar kemampuan majoriti penduduk tempatan.

“Pemaju kelihatan lebih berminat membangunkan rumah dengan harga mahal untuk dijual kepada bukan warganegara dan aktif melakukan promosi jualan dalam kalangan hartawan di luar negara,” titah baginda pada pengisytiharan Daerah Muallim hari ini.

Titah baginda lagi, isu perumahan merupakan satu isu penting yang wajib diberi perhatian sama ada oleh kerajaan atau pemaju.

Justeru, negara wajib berhati-hati serta meletakkan kepentingan jangka panjang untuk mengelak penjajahan melalui instrumen pemilikan hartanah.

“…dan pada akhirnya peribumi merintis sendiri kerana bumi dipijak milik orang.

“Kepentingan perniagaan tidak seharusnya sampai ke peringkat mengakibatkan warga kehilangan hak di buminya sendiri, berakhir dengan menerima nasib ayam kelaparan di kepuk – itik kehausan di air, disebabkan perbuatan dagang lalu ditanakkan,” titah baginda.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian