Tak mustahil kerjasama UMNO-PAS boleh terjalin

image (27)

KUALA LUMPUR, Sabtu – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meyakini bahawa jalinan kerjasama antara UMNO dan PAS boleh diwujudkan dan akan tercapai berikutan kedua-dua parti itu adalah dari kalimah syahadah yang sama.

Katanya, sebelum ini PAS boleh melaksanakan tahaluf siyasi dengan DAP, sedangkan perbezaan ideologi yang cukup ketara antara kedua-dua parti.

“Satu yang tegas dengan sekularisme manakala satu lagi tetap dengan perjuangan Islam. Maknanya jangkauan tahalul siyasi boleh dikembangkan sehingga ke peringkat itu.

“Kalau kerjasama seumpama itu boleh dicapai, takkanlah di peringkat sesama Islam tidak boleh? Kenapa tidak,” soalnya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas yang disiarkan Utusan bertajuk ‘Kerjasama UMNO-Pas, inilah masanya – Zambry’.

Isu kerjasama antara kedua parti Melayu ini bermula selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menghulurkan tali sillaturrahim kepada PAS untuk membangunkan negara berlandaskan syariat pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC baru-baru ini.

Mengulas lanjut Datuk Zambry berkata, perpaduan antara UMNO dengan PAS ini bergantung kepada diri kita sebagai orang Islam.

“Kita hanya ada dua pilihan sama ada pasifmis atau optimis. Kalau kita mahu mengambil pendekatan pasifmis kita akan cari segala alasan, kita akan bongkar semua cerita lama dan kita akan lihat luka yang ada.

“Bagi mereka yang optimis, dia akan mengarahkan pemikirannya kepada satu tindakan yang menyakinkan demi masa depan. Dia akan melihat dari prespektif yang baik atas pendirian inilah masanya untuk mencari titik-titik pertemuan, persefahaman untuk membina semula kekuatan ummah.

Ini memandangkan, kalau kita terus hidup dalam keadaan yang berpecah-pecah, maka ia tidak akan memberikan kekuatan apa-apa,” katanya,

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?