Tanah runtuh di Cameron: Lelaki Bangladesh mati tertimbus

bomba

CAMERON HIGHLANDS, Khamis – Seorang lelaki warga Bangladesh terbunuh selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung 1, Batu 49, Terisu di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Muhammad Rizal Kamaruddin berkata, Kassim Munshi, 40, dari Pripur, Dhaka sedang mengorek tanah untuk membina pondok kira-kira 2 pagi tadi.

“Kita terima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira pukul 8.15 pagi daripada bapa saudaranya yang bekerja di kawasan berkenaan…tiada talian telefon di tempat itu.

“Mangsa dipercayai baru 2 atau 3 hari berada di kawasan itu. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa,” katanya.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.18 pagi ini.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat terus dijalankan sebelum pekebun itu ditemui kira-kira sejam selepas itu,” katanya.

Menurut Rizal, mayat Kassim dapat dikeluarkan daripada timbunan tanah itu kira-kira 9.30 pagi dan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian