(TERKINI) UMNO Kedah isytihar hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar

mukhriz-umno

ALOR SETAR, Rabu – UMNO Kedah hari ini mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Katanya, semua ketua 15 bahagian, selain sayap Pemuda, Wanita dan Puteri mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak supaya membuat perubahan dalam kepemimpinan UMNO peringkat negeri setelah Mukhriz didakwa gagal menggerakkan jentera UMNO dan ekonomi.

Beliau membuat pengumuman demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan hampir semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen negeri ini daripada UMNO, di sini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO negeri.

Antara pemimpin yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian