Tiada laporan pelajar Malaysia di India terlibat dengan aktiviti militan

militan

Gambar hiasan

NEW DELHI, Selasa – Kebanyakan pelajar Malaysia di India berada dalam keadaan baik dari segi pencapaian akademik dan tiada laporan mengatakan mereka terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan militan.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India Datuk Naimun Ashakli Mohammad berkata pada masa ini, terdapat hampir 5,000 pelajar yang kebanyakannya berada di Karnataka, selatan India.

“Kami sentiasa memantau mereka dan setakat ini tiada laporan atau aduan mengenai mereka daripada pihak berkuasa tempatan di sana,” kata Naimun.

Pesuruhjaya Tinggi berkata baru-baru ini, satu sesi dialog diadakan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang berkunjung ke negara itu, mengingatkan agar para pelajar menjauhi segala elemen negatif.

Naimun berkata demikian kepada 42 wartawan Malaysia dan anggota Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak yang dalam lawatan lima hari ke India.

Rombongan itu diiringi penasihatnya, setiausaha akhbar kepada perdana menteri, Datuk Akhmar Hisham Mohd Yusof.

Kumpulan itu telah melawat China tahun lepas dan mereka kini dalam rangka lawatan ke New Delhi, Agra dan Jaipur di Rajasthan.

Semasa lawatan ke kompleks Suruhanjaya Tinggi di sini, mereka diberi taklimat mengenai hubungan diplomatik antara Malaysia dan India serta penglibatan sektor swasta Malaysia dalam projek infrastruktur utama di India.

Naimun turut berkata kedua-dua pegawai Malaysia dan India sedang dalam perbincangan awal mengenai pembinaan sebuah pusat konvensyen di New Delhi.

Mengenai pelancongan, lebih daripada 700,000 pelancong India melawat Malaysia tahun lepas dan membelanjakan hampir RM1.8 bilion. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian