Tiada masalah bekerjasama dengan PAS: UMNO Johor

pas umnoJOHOR BAHARU, Ahad – UMNO Johor tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan PAS, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata UMNO Johor mengalu-alukan sebarang kerjasama baik yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

“Kalau ada apa-apa usaha untuk berbincang, bermuafakat, berunding dan sebagainya, kami amat mengalu-alukan kerana ia mendukung aspirasi nasional, membawa kemajuan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian hadiah Program Gerak Mesra Perdana 2015 dan perasmian Dewan Taman Scientex, Pasir Gudang, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar mengulas keterbukaan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Dis lalu untuk bekerjasama dengan PAS dalam membangunkan negara mengikut syariat Islam.

Najib yang juga Perdana Menteri dilaporkan sebagai berkata beliau gembira PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas disisihkan daripada Pakatan Harapan yang dianggotai, DAP, PKR dan PAN.

Mohamed Khaled berkata beliau mengharapkan kerjasama itu juga akan menjadi titik tolak kepada UMNO dan PAS untuk mewujudkan perpaduan yang lebih besar dalam kalangan rakyat terutama masyarakat Melayu.

Katanya, perpaduan penting untuk masyarakat kerana perpecahan hanya akan membawa ketidakstabilan dalam negara.

“Jadi, saya mendoakan mudah-mudahan pada tahun 2016 ini, negara kita Malaysia mencapai semua perkara yang baik-baik dan semua niat yang tidak baik, memecah-belah dan merosakkan (perpaduan rakyat) tidak menjadi,” katanya. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian