Tiada virus serotip baharu denggi: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan

181215EXC02pix1.transformedPUTRAJAYA, Isnin – Tiada virus serotip baharu bagi demam denggi ditemui dan kemungkinan wujudnya serotip baharu Den 5 yang dilaporkan media masih belum disahkan secara saintifik.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan varian/strain/serotip berkenaan dan kesan kesihatan awam serta klinikalnya.

“Jika kita boleh menguruskan dan memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk aedes, kita mampu menangani masalah denggi, tidak kira apa pun jenis virus serotip yang datang,” kata Dr Lokman Hakim dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya dari segi perubatan, tiada ubat khusus yang boleh digunakan untuk membunuh virus denggi yang ada sekarang.

Oleh itu, rawatan bagi varian/strain/serotip baharu itu bukan satu isu kerana asas sedia ada terus kekal dalam menguruskan pesakit denggi, kata Dr Lokman Hakim.

“Walaupun kemungkinan virus itu untuk merebak (daripada monyet kepada manusia) tetap ada, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi denggi dan banyak lagi ‘flavivirus’ (seperti virus demam kuning) sejak wujudnya kitaran ‘sylvatic’. 

“Bagi kawalan kesihatan awam, pendekatannya sama. Oleh kerana ia berkongsi vektor nyamuk yang sama, asas kawalan denggi diguna pakai dalam mengurangkan puncanya,” katanya.

Dr Lokman Hakim berkata bagi pesakit individu, diagnosis daripada makmal semasa di hospital yang digunakan di seluruh dunia akan dapat mengesannya.

Ini disebabkan antibodi ketika ini boleh digunakan untuk pemeriksaan berikutan antibodi yang dihasilkan ketika menghidap denggi sering menunjukkan ada sedikit tindak balas silang antara semua virus serotip denggi, katanya.

Pendekatan diagnostik molekul boleh digunakan di mana flavivirus primer tertentu digunakan untuk memilih virus serotip berkenaan dan seterusnya menentukan identitinya, kata Dr Lokman Hakim. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian