Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terbabit insiden rasis di SJKC Pai Chee

Chong Sin Woon

PUTRAJAYA, Khamis – Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, siasatan sedang dilakukan dengan memanggil pihak yang terlibat dalam kes seorang guru Melayu dibaling dengan buku dan alatan tulis di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor minggu lalu.

“Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan bertindak tegas terhadap pihak yang terlibat dalam kes tersebut.

“Namun, saya menasihatkan kepada semua pihak agar bersabar dan jangan menimbulkan sebarang spekulasi termasuk isu perkauman agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Para ibu bapa dan orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang tidak kepuasan hati terhadap pengurusan sekolah serta guru di laman sosial dan mereka hendaklah menggunakan saluran betul untuk berbuat demikian,” katanya, dalam sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Cek Peruntukan Tabung Penyelenggaraan Sekolah-Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2016, semalam.

Minggu lalu, viral di media sosial laporan seorang guru dari sekolah tersebut yang mendakwa diserang bapa seorang murid kerana memarahi anaknya.

Dalam laporan kepada polis, Salina Daud, 49, mendakwa bapa murid tersebut menghinanya serta membaling buku di bilik guru.

Susulan kejadian itu, dia melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan sekolah tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

BERITA BERKAITAN: Guru Melayu diserang di SJKC Pai Chee, Mersing, laporan polis dibuat

BERITA BERKAITAN: Dakwaan rasis: Siasat keupayaan guru besar SJKC Pai Chee

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian