TPPA: Jangan biar negara dijajah kali kedua

logoTolakTPPA

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Sabtu – “Jangang biarkan negara kita dijajah untuk kali kedua”, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Katanya, penjajahan yang wujud dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ini lebih teruk daripada penjajahan kali pertama ke atas Malaysia suatu ketika dulu.

“Penjajahan dahulu mereka punggah hasil mahsul negara dibawa balik ke negara mereka, tetapi TPPA ia diikat dengan perundangan yang tidak mampu untuk bergerak kerana ia akan dibicara bukan di Malaysia.

“Jika disaman dan kalah, ia akan membawa negara menanggung berbilion ringgit. Selepas itu Malaysia dan rakyat akan menjadi abdi kepada luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata TPPA akan membawa penderitaan sepanjang hayat buat rakyat.

“Tidak guna air mata berdarah. Mereka mesti menggunakan kebijaksanaan dan rasional untuk kedaulatan negara, bersatu untuk menolak TPPA,” katanya.

Beliau turut menggesa Ahli Parlimen (MP) BN supaya menolak TPPA pada sidang Khas bahas TPPA di Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini.

“Sudah banyak kesilapan kerajaan BN, jangan tambah lagi satu pengkhianatan kepada negara.

“Jangan sokong membawa rebah,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian