TPPA: Kita akan muflis jika disaman syarikat luar, kata Tun Dr Mahathir

tun-mm

BANGI, Sabtu – Bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohamad yang cuba meyakinkan rakyat bahawa negara boleh keluar daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dengan mudah.

Sambil mengakui sememangnya negara boleh keluar daripada TPPA, beliau bagaimanapun berkata, penarikan diri itu tidaklah semudah yang disangka, malah kos yang perlu dibayar boleh menyebabkan negara menjadi muflis.

Beliau berkata, melalui perjanjian itu mana-mana syarikat boleh menyaman kerajaan Malaysia kerana mereka kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan jika tindakan kerajaan menyebabkan mereka rugi.

Beliau memberi satu contoh sebagai satu kes di mana sebuah negara Amerika Latin, atas sebab pencemaran besar-besaran maka kerajaan negara itu memutuskan untuk menghentikan operasi perlombongan yang diberi kepadasebuah syarikat Amerika Syarikat (AS).

Syarikat itu kemudian katanya, telah menyaman kerajaan negara itu beberapa bilion dolar kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan.

“Sesuatu keputusan untuk menarik diri daripada TPPA sudah pasti akan menyebabkan kehilangan keuntungan dan keuntungan masa depan oleh syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia atau berdagang dengan Malaysia.

“Penarikan diri ini akan melibatkan banyak syarikat dan jangkaan kerugiannya dikatakan boleh mencecah beratus- ratus bilion. Mahkamahnya bukan milik kita di mana kita boleh bergantung untuk simpati dan prihatin terhadap apa yang akan berlaku kepada ekonomi dan kewangan kita.

“Tidak ada cara di mana kita boleh memberi tekanan atau merasuah mahkamah. Kita akan terpaksa membayar berbilion-bilion,” katanya dalam blog beliau semalam.

logoTolakTPPA

klik untuk bantah

Tun Dr Mahathir berkata, TPPA bukan untuk menggalakkan perdagangan bebas, sebaliknya ia khusus untuk mengawal selia perdagangan sepenuhnya.

“Oleh itu, tidaklah perlu bercakap tentang melepaskan diri daripada perjanjian bagi mengawal perdagangan dan pelaburan ini, yang dipanggil TPPA.

“Berbanding dengan ini, mungkin kita perlu ingat bahawa apabila kita tidak memeterai sebarang perjanjian seperti ini, kita menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia. Kita bebas untuk melindungi diri kita sendiri dan merangka dasar yang memberi manfaat kepada kita semua rakyat Malaysia.

“Kita tumbuh dengan pesat pada masa itu. Kita berniaga dengan sesiapa sahaja yang kita suka.

“Saya boleh banyak berbicara tentang perkara-perkara lain yang tidak baik mengenai TPPA. Tetapi kerajaan sudah tentu tidak akan mengambil berat. Kerajaan akan melakukan apa saja yang ia mahu lakukan.

“Jangan soal mengapa. Anda tahu apa jawapan yang anda akan dapat apabila anda bertanya kepada kerajaan sebarang soalan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian