Tun M terkenang budi baik Allahyarham Tun Razak

tun abdul razakOleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengimbas secebis kenangan dan rasa terhutang budi dengan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang memberinya peluang untuk kembali bersama UMNO selepas disingkirkan daripada parti.

“Saya sudah tentu amat sedih kerana saya terhutang budi segalanya kepada beliau. Saya dipecat daripada UMNO dan mereka yang dibuang sebelum saya tidak pernah kembali. Karier politik mereka binasa.

“Saya bukan sahaja dibawa kembali ke parti, malah kemudiannya melantik saya sebagai menteri penuh. Saya dianggap anak emas Tun sehingga ramai orang kuat UMNO yang marah,” katanya dalam tulisan di blognya hari ini sempena ulang tahun ke-40 pemergian Perdana Menteri kedua itu pada 14 Januari lalu.

Beliau yang sedih dengan pemergian Tun Razak yang disifatkannya terlalu awal tambahan pula Perdana Menteri Malaysia kedua itu banyak membantu karier politiknya berkata, Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat.

“Beliau begitu bersungguh-sungguh membawa perubahan sebenar kepada masa depan negara yang beliau perjuangkan,” katanya.

Mengulas mengenai kesihatan Tun Razak, Tun Mahathir berkata, beliau pernah dibawa bertemu dengan doktor peribadi yang merawat Tun Razak.

“Sebelum beliau ke United Kingdom, pada satu majlis di Bangunan Parlimen, beliau menarik saya ke tepi dan menceritakan yang beliau menghidap leukemia.

“Beliau suruh saya bercakap dengan doktornya, Dr Macpherson. Saya buat apa yang dipinta dan saya tahu, tempohnya makin lama makin pendek. Beliau tidak akan mampu bertahan lama. Begitu pun, saya masih terkejut apabila mendapat berita kematiannya,” katanya.

Tun Dr Mahathir sejak lebih setahun lalu menjadi pengkritik hebat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang juga anak kepada Tun Abdul Razak, berikutan cara Najib menguruskan negara, termasuk isu membabitkan wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib dan 1Malaysia Development Berhad.

Malah, pada satu peringkat Tun Dr Mahathir mengisytiharkan beliau menarik balik sokongan terhadap Najib.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian