Ulamak, Pemuda, Muslimat PAS Selangor kecam politik kotor PAN

pas
BANGI, Khamis – Politik kotor yang diamalkan oleh parti serpihan PAS, PAN dikecam hebat oleh Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, tuntutan PAN kepada Kerajaan Selangor berkaitan Ahli Majlis Pihak berkuasa Tempatan (PBT) disifatkan sebagai tidak munasabah dan sangat tidak bertanggungjawab.

“Tuntutan PAN ini menggambarkan sikap dan rupa mainan politik kotor mereka yang langsung tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Selangor yang dibina atas persepakatan dan kemenangan dengan paduan 3 kompenan parti iaitu PAS, PKR DAN DAP pada PRU 13 yang lalu.

“PAN daripada awal penubuhannya telah memperlihatkan cara politik tidak berakhlak dan tiada maruah diri dengan melarikan beberapa kerusi PAS DUN dan Parlimen di Selangor dengan melalui jalan pintas,” kata kenyataan itu yang ditandatangi oleh ketua masing-masing.

Sehubungan itu, ketiga-tiga dewan menegaskan bahawa PAN adalah parti daripada pengkhianatan kepada perjuangan Islam yang tiada jaminan bahawa ia tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap pihak lain.

“PAN sebenarnya tidak memiliki apa-apa hak dalam Kerajaan Selangor walaupun mereka bersahabat dengan PKR dan DAP.

“Mereka tidak patut dengan sewewenang-wenang ingin memposisikan orang mereka dalam kerajaan apatahlagi ingin mengambil kerusi Ahli Majlis daripada PAS Selangor,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, ketiga-tiga dewan PAS Selangor itu bersama dengan pendirian yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato’ Iskandar Samad bahawa PAS Selangor sama sekali tidak akan melepaskan kerusi Ahli Majlis PAS kepada PAN.

“Kami juga tetap mempertahankan kerusi Ahli Majlis PBT PAS yang sebelum ini dan begitu juga lantikan-lantikan politik PAS yang lain dalam kerajaan negeri.

“Kami juga merujuk kepada keputusan Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor bahawa PAS akan mempertimbangkan kedudukannya dalam Kerajaan Negeri Selangor sekiranya hak PAS diketepikan dan PAN dengan mudah boleh berada dalam Kerajaan Negeri,” kata mereka.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian