UMNO guna sentimen Melayu, Islam hanya untuk selamatkan Najib: Zam

ZAM-00

BANGI, Selasa – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, PAS berada dalam situasi yang lebih baik daripada UMNO untuk menjadi pilihan kepada orang Melayu dan Islam pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, UMNO berpotensi untuk hancur pada PRU akan datang dan PAS yang menyedari hakikat itu tidak akan memberi laluan mudah kepada UMNO jika parti itu mahu memainkan sentimen Melayu dan Islam untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, sentimen yang cuba digambarkan oleh media UMNO sekarang ini adalah perpaduan Melayu sedangkan sebenarnya adalah usaha untuk menyelamatkan Najib.

“Hakikat yang tidak mahu diakui oleh pemimpin-pemimpin UMNO ialah orang Melayu di luar UMNO tidak lagi melihat UMNO sebagai parti yang mewakili orang Melayu sebaliknya mereka melihat PAS sebagai parti alternatif kepada UMNO kerana pemimpin-pemimpin UMNO telah terpalit dengan kehilangan kredebiliti pemimpin mereka.

“UMNO sekarang berada keadaan “syok sendiri” sendiri di bawah pimpinan yang tiap hari suaranya adalah suara self denial yang tidak lagi didengar atau dipedulikan oleh orang ramai,” katanya menulis dalam blog beliau, malam tadi.

Zam berkata, rakyat kini hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan negara yang tidak pernah mereka rasai sejak zaman Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman hingga ke Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, PAS walaupun berada di dalam krisis kredibiliti, tetapi umum melihatnya sebagai parti yang bermoral dan berintegriti serta lebih baik daripada UMNO.

“Keyakinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan terus kekal sebagai sebuah parti politik walaupun tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak tergugat dengan tindakan PKR, DAP dan PAN membentuk kerjasama, adalah lebih meyakinkan daripada kenyataan Najib tentang masa depan UMNO.

“PAS telah mendapat maklumat bahawa penyokong-penyokong UMNO dan juga orang Melayu pada keseluruhannya melihat PAS sebagai alternatif kepada UMNO,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian