UMNO kekal imej propenjajah jika tandatangan TPPA: Presiden Isma

azar9-1024x619
Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata UMNO akan kekal dengan imej propenjajah sekiranya parti itu memutuskan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Mengulas perkara itu katanya, UMNO di bawah kepimpinan hari ini kelihatan tidak percaya kepada kemampuan untuk maju dengan acuan sendiri apabila memilih untuk menandatangani TPPA.

“Semua orang tahu bahawa TPPA bukan kehendak rakyat Malaysia dan perjanjian itu juga bukan dibangunkan atas kepentingan nasional negara ini.

“Apatah lagi dengan menandatangani TPPA, ia hanya akan menjadi bukti kesetiaan dan kompromi berterusan kepada kepentingan Barat yang dikawal syarikat multinational yang dikuasai Yahudi,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim memaklumkan persidangan khas Dewan Rakyat selama dua hari pada 26 dan 27 Januari ini mengenai TPPA adalah amat penting yang mana dijadualkan akan ditandatangani pada tahun 2018.

“Kita ada masa dua hari, iaitu pada 26 dan 27 Jan depan untuk bahaskan perkara ini (di Dewan Rakyat) sebelum muktamadkan perjanjian ini.

“Kalau dua hari itu kita benar-benar terbuka melihat kepentingan TPPA, ia memadai untuk memberi persetujuan sama ada meneruskannya atau tidak,” kata Razali.

Sehubungan itu Ustaz Abdullah berkata, UMNO perlu membuktikan bahawa parti itu bukan lagi pro kepada penjajah dengan tidak menandatangani TPPA.

“Ini kerana walaupun UMNO merupakan parti Melayu pada namanya, tetapi mereka dikenali dengan imej pro kepada penjajah sejak merdeka lagi.

“Jadi TPPA ini adalah ujian baru bagi UMNO sama ada mereka akan mengambil pendirian memihak kepada kepentingan nasional atau kekal dengan imej propenjajah,” katanya.

yahudi-tppa (1)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian