Utara Perlis alami gangguan air pagi Rabu

airrr

KANGAR, Isnin – Penduduk di beberapa kawasan di utara Perlis bakal berdepan gangguan bekalan air mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah malam Rabu ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Dalam entri terbaharu Facebooknya beliau berkata, kawasan terbabit ialah Jalan Kaki Bukit ke Titi Tinggi, Beseri, keseluruhan Pekan Padang Besar, Pekan Kaki Bukit, Wang Kelian, dan kawasan sekitarnya.

Seluruh kawasan Kangar, Behor Pulai, Abi, Bintong, Tebing Tinggi, Wang Ulu, Simpang Empat, Kuala Perlis dan sekitarnya turut terjejas.

Beliau berkata tekanan air menjadi rendah dan bekalan tidak menentu dalam tempoh itu disebabkan kerja-kerja pembaikan paip pecah bersaiz 600 milimeter (mm) diameter di Jalan Guar Jentik, Beseri dan pemasangan flow meter 700mm di Loji Air Timah Tasoh.

“Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat mulai 12 tengah malam dan semua pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian