VIDEO: Bayi terkunci dalam kereta

Seorang ibu cemas apabila menyedari anaknya yang berusia kira-kira setahun setengah terkunci dari dalam kereta selepas keluar untuk menghantar seorang lagi anaknya ke taska.

Sebelum keluar dari kereta, ibu tersebut memberikan alat kawalan penggera kepada anaknya yang ditinggalkan di dalam kereta untuk bermain sebelum bayi tersebut dipercayai tertekan butang kunci.

Dibantu orang ramai dan 4 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), kereta tersebut akhirnya berjaya dibuka setengah jam kemudian setelah beberapa kali cubaan dilakukan.

Sumber: facebook.com

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian