Wujud penyebaran Syiah secara bersembunyi di Kelantan

image (26)

KOTA BHARU, Sabtu – Terdapat usaha penyebaran fahaman sesat Syiah di negeri Kelantan yang dilakukan secara bersembunyi.

Mendedahkan perkara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad gerakan Syiah ini dipercayai mengadakan perjumpaan secara rahsia dan melatih orang tempatan sebagai pemimpin bagi menarik lebih ramai pengikut.

“Memang ada pemimpin Syiah ada ke negeri ini tetapi meeka bergerak secara low profile dan membuat kumpulan usrah secara kumpulan kecil dengan sembunyi.

“Mereka datang dari negara yang mengamalkan fahaman Syiah, seterusnya dibawa masuk ke negeri ini untuk melatih orang tempatan serta menarik lebih ramai lagi ahli baharu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pergerakan Syiah mmasih terkawal di Kelantan kerana mereka dipantau khususnya oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan.

Walaupun begitu, gerakan Syiah ini tidak boleh dibiarkan berkembang kerana bertentangan dengan umat Islam dan rantau nusantara yang mengamalkan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mengulas lanjut Datuk Shukri berkata, Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan sejak sekian lama sudah menetapkan pegangan umat Islam negeri ini adalah Sunnah Wal Jamaah.

“Justeru apa sahaja fahaman yang bertentangan termasuk Syiah perlu disekat dan tidak dibiarkan bertapak di negeri ini.

“Cuma yang menjadi masalah apabila ahli keluarga yang terlibat dengan fahamn Syiah tidak melaporkan kepada pihak berluasa kerana menganggap Syiah adalah betul,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian