22 banduan Palestin menderita kanser di penjara Israel
GAZA, Isnin – Kira-kira 22 tahanan Palestin dengan pelbagai penyakit kanser dilaporkan tidak dipedulikan oleh pihak perubatan di penjara Israel, kata wakil Pusat Tahanan Palestin Pengajian (PPC).
Jurucakap PPC, Riyad al-Ashqar berkata, angka itu termasuk banduan yang telah menghabiskan lebih 15 tahun di dalam penjara tanpa menerima rawatan yang diperlukan.
Menurut laporan itu lagi, pihak berkuasa Israel hanya memberikan pesakit di penjara, sedatif yang boleh memburukkan lagi keadaan mereka.
“Pihak berkuasa Israel menjaga banduan hanya untuk mengelak daripada dipersalahkan jika mereka mati di penjara Israel.
“Ada di kalangan banduan, bagaimanapun, sebenarnya sudah pun mati dalam tahanan Israel. Maysara Abu Hamdiya adalah salah seorang banduan menghidap kanser yang mati di dalam penjara kerana pihak berkuasa Israel tidak mahu menmberikan rawatan dan enggan membebaskannya,” katanya.
Beliau juga berkata, banduan yang sakit kerana kanser di penjara Israel menderita komplikasi jangka panjang serta tidak mampu untuk pulih meskipun selepas pembebasan.
Ashqar turut menyeru organisasi antarabangsa, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Doktor Tanpa Sempadan untuk mencuba menegakkan kebebasan tahanan Palestin yang sedang menderita menghidap kanser ini.
Lebih 7,000 rakyat Palestin dilaporkan ditahan di penjara Israel, termasuk bawah tahanan pentadbiran, yang merupakan langkah berkesan bagi rejim Zionis Israel membolehkan penahanan tanpa dinyatakan kesalahan mereka atau tanpa perbicaraan. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan