Arab Saudi jaga 1,000 anak-anak yatim Iraq

1930943580

MANAMA, Isnin – Arab Saudi akan menjaga dan memelihara 1,000 orang anak-anak yatim Iraq di kawasan separa autonomi, Kurdistan.

Duta Arab Saudi di Iraq, Thamer Al Sabhan berkata rata-rata anak-anak ini kehilangan ibu bapa mereka berikutan serangan dan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan puak pelampau Daesh.

“Pemimpin Saudi telah mengeluarkan arahan untuk menjaga anak-anak yatim itu sebagai sebahagian daripada bantuan kemanusiaan kerajaan kepada negara-negara Arab termasuk daripada kewajipan agama,” katanya dalam satu kenyataan di media Arab, Sabq.

Mengulas lanjut katanya, rakyat Iraq kini mengalami keadaan yang sangat kritikal berikutan serangan berterusan oleh kumpulan pengganas di negara itu.

“Tindakan ini adalah permulaan usaha untuk memberi bantuan kepada semua anak-anak Iraq berdasarkan keutamaan dan keperluan yang mendesak,” katanya.

Katanya lagi, Arab Saudi telah menawarkan manfaat yang besar kepada rakyat Iraq melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami akan berhubung dengan pihak-pihak berkenaan untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

“Kami juga berikan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan di Al Anbar, Ramadi,” katanya.-   Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?