Arab Saudi tambah bekalan minyak untuk Mesir

newsimage-1-libya-egypt-oil

RIYADH, Isnin – Arab Saudi akan meningkatkan bekalan kuantiti minyak yang diimport dari 500,000 tan setahun kepada 700,000 bagi memenuhi keperluan minyak Mesir untuk tempoh lima tahun, kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Menurut pegawai itu. perjanjian berkenaan yang bernilai kira-kira USD$ 23 bilion adalah hasil daripada rundingan terperinci sejak beberapa hari yang lalu.

“Pihak Berkuasa Petroleum Mesir akan membayar wang pembelian minyak ke dalam dana berdaulat milik kerajaan.

”Bayaran bagi minyak tersebut akan dibuat secara ansuran pada kadar faedah sebanyak 2 peratus, dengan tempoh penangguhan selama setahun,” kata pegawai itu.

Mesir dan Arab Saudi juga telah bersetuju untuk mengadakan Majlis Penyelarasan Mesir-Arab sesi kelima pada 10 Mac di Riyadh.

Mesyuarat itu akan diketuai oleh Perdana Menteri, Sherif Ismail dan Putera Mahkota Arab Saudi. Putera Mohammed bin Salman.

Mesyuarat itu diadakan sebagai bersedia bagi mesyuarat kemudian antara Presiden, Abdel Fattah al-Sisi dan Raja Salman bin Abdel Aziz. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?