Isma ajak masyarakat aktif bersukan, berdaya saing

photo_2016-02-29_15-10-31

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Isnin – Objektif utama penganjuran kejohanan bola sepak Piala Presiden Isma pada 5 dan 6 Mac ini ialah menyeru masyarakat mengamalkan budaya hidup sihat dengan bersukan.

Naib Presiden Isma, Abdul Rahman Mt Dali berkata, Islam menggalakkan umatnya kekal sihat, cergas dan tangkas.

“Sudah tentu melalui penganjuran kejohanan ini, budaya bersukan akan subur di kalangan masyarakat. Secara tidak langsung, akan lahir masyarakat yang kuat dan berdaya saing.

“Hanya masyarakat yang kuat dan sihat mampu membina kejayaan dalam segenap aspek kehidupan,” kata beliau kepada Ismaweb.

Katanya lagi, kejohanan sulung ini akan membawa konsep patuh syariah seperti akhlak, menutup aurat dan menjaga waktu solat.

Sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Piala Presiden Isma pada sesi undian kumpulan pada Sabtu lepas.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?