Khairuddin Abu Hassan ikut Tun M keluar UMNO

Khairuddin--1024x696

KUALA LUMPUR, Isnin – Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

“Saya dengan secara rasminya mengisytiharkan untuk keluar dari UMNO secara serta-merta.

“Mulai saat ini saya tidak lagi seorang ahli UMNO Cawangan Bukit Tambun atau UMNO Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang,” katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Khairuddin berkata, tindakan itu bagi mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar UMNO kerana mendakwa parti itu hanya melindungi Najib semata-mata.

“Secara sejujurnya, saya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO masa kini yang sedang menuju ke arah menghancurkan parti. UMNO pada waktu ini hanya dikuasai oleh puak pemimpin-pemimpin kaki bodek minda lemah otak udang.

“Kepimpinan UMNO masa kini sudah tersimpang luas dari halatuju wadah perjuangan asal dan salah guna kuasa untuk mempertahankan pemimpin-pemimpin korup!.

“Bagi saya UMNO sudah tidak relevan lagi. UMNO sudah dimandikan jenazah! UMNO sudah dikafankan! UMNO sudah dimasukkan ke dalam liang lahad untuk berada di alam barzakh buat selama-lamanya!,” katanya.

Beliau turut hadir pada sidang akhbar ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan UMNO.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?