PBB sedia hantar bantuan kepada 154,000 rakyat Syria yang dikepung
GENEVA, Isnin – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia menghulurkan bantuan kepada rakyat Syria yang terperangkap di kawasan yang telah dikepung.
“Bantuan akan diberikan kepada kira-kira 1.7 juta orang di kawasan yang telah dikepung di Syria untuk suku pertama tahun ini,” kata Penyelaras Kemanusiaan PBB di Damsyik, Yacoub El Hillo.
El Hillo berkata bantuan tersebut akan sampai kepada 154,000 orang dalam tempoh lima hari akan datang.
PBB menganggarkan terdapat kira-kira 500,000 orang yang berada di kawasan pengepungan manakala 4.6 juta yang lain sukar untuk disalurkan bantuan. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan