Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR, Isnin — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan terdapat permintaan untuk mata wang Asia sedang pesat membangun, kata peniaga.
Pada 5 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.2000/2100 berbanding dolar AS daripada 4.2010/2070 pada Jumaat lepas.
Aliran meningkat itu turut disokong oleh harga minyak mentah yang lebih baik, iaitu US$35.24 setong, naik 14 sen daripada US$35.10 setong.
“Pada masa sama, pelabur memantau dengan rapi mengenai tempoh kemungkinan kenaikan kadar faedah AS pada tahun ini,” kata peniaga.
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding yen kepada 2.9883/9975 daripada 2.9996/9056 yang dicatatkan pada Jumaat dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7231/7333 daripada 3.7236/7299.
Unit tempatan turut naik berbanding pound British kepada 5.8246/8397 daripada 5.8747/8856 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5860/5986 daripada 4.6417/6500. — Bernama
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan