Untung Petronas jatuh 53 peratus lebih rendah pada 2015

petronas-logo-1

KUALA LUMPUR, Isnin – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan penurunan hasil sebanyak 25 peratus lebih rendah pada 2015 iaitu sebanyak RM247.7 billion berbanding RM329.1 bilion pada 2014.

Manakala keuntungan sebelum cukai susut 53 peratus kepada RM36.68 bilion berbanding RM77.69 bilion pada 2014.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, angka tersebut adalah kesan daripada kejatuhan harga minyak pada harga purata USD$52.46 setong daripada purata USD$98.99 setong tahun sebelumnya.

“Pada 2016 sahaja, perbelanjaan modal dan operasi dikurangkan sebanyak RM15 bilion hingga RM20 bilion.

“Pengurangan dalam perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi dalam tempoh empat tahun akan datang berjumlah RM50 bilion,” katanya pada taklimat media prestasi kewangan 2015 PETRONAS di sini, sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, dividen Petronas bagi kerajaan akan dikekalkan pada RM16 bilion bagi 2016.

Berhubung isu pemotongan pekerjaan, katanya, langkah penstrukturan semula akan dibincangkan secara dalaman telebih dahulu sebelum pengumuman dibuat kepada media dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Petronas telah melengkapkan semakan model operasi perniagaan untuk menjadikannya lebih efisyen sekaligus menyaksikan syarikat itu menjalankan operasi dengan struktur baru pada 1 April.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?