Dana masuk akaun Najib lebih 1 bilion dolar AS: WSJ

wsj najib
BANGI, Selasa – Kumpulan penyiasat antarabangsa mendakwa wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah berjumlah lebih 1 bilion dolar AS.

Media asing, The Wall Street Journal (WSJ) dalam laporan terkini semalam menyatakan bahawa perkara ini bercanggah dengan kesimpulan yang disebut oleh Peguam Negara Malaysia sebelum ini.

Peguam Negara, Apandi Ali sebelum ini memberitahu sejumlah 681 juta dolar AS telah dimasukkan ke daam akaun Najib dan ia adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi. Sebahagian besar derma itu telah dipulangkan.

Penyiasat daripada dua buah negara pula bersetuju bahawa wang itu telah dikembalikan semula.

Penyiasat juga mendakwa wang itu datangnya daripada syarikat pelaburan 1MDB.

“Penyiasat percaya wang itu telah melalui proses transaksi yang kompleks di beberapa buah negara dengan dibantu oleh dua orang bekas pegawai Abu Dhabi, salah seorangnya mempunyai hubungan rapat dengan 1MDB.

“Penyiasat juga memberi fokus kepada satu firma yang kritikal dalam siasatan iaitu Aabar Investments PJS yang dimiliki oleh Abu Dhabi.

Berdasarkan fail, 1MDB telah menyumbang lebih 1 bilion dolar kepada Aabar – tanpa nama penuh.

Dana itu dipercayai telah masuk ke dalam firma yang hampir sama namanya yang telah didaftarkan di Kepulauan British Virgin, di mana wang 681 juta dolar itu masuk ke dalam akaun Najib secara tidak langsung.

wsj mac 2016

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?