Forum Sudut Pandang bincang isu muslim moderat 4 April ini
Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim
BANGI, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bakal menganjurkan sebuah forum yang akan membincangkan isu berkaitan muslim moderat pada 4 April 2016, jam 8.30 malam bertempat di dewan seminar ibu pejabat Isma di Bandar Baru Bangi.
Forum Sudut Pandang dengan slogan Suara Baru Ummah akan menampilkan Naib Ketua Pemuda PKR, Radzlan Jalaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian IRIS, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim sebagai ahli panel manakala mantan Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim M Hasan Al-Hafiz sebagai moderator.
“Sudut Pandang Suara Baru Ummah itu akan menjelaskan mengenai muslim moderat yang semakin banyak digunakan pada hari ini. Apakah definisi, asal usul, ciri-ciri, rujukan dan kesannya terhadap dunia Islam hari ini. Semua ini akan dikupas dalam forum Sudut Pandang,” kata wakil penganjur, Rasyidah Arsyad kepada Ismaweb.
Bagi mereka yang berminat menghadiri forum ini, sila berdaftar melalui pautan berikut: http://bit.ly/regviewpoints
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan