Gabenor Bank Negara baru perlu bebas pengaruh politik: Tuan Ibrahim

tuan ibrahim man

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Selasa – Jangan lantik orang politik sebagai Gabenor Bank Negara, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu imej dan integriti institusi itu terus dijaga.

Katanya, calon yang bakal menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mestilah seorang yang bebas daripada sebarang pengaruh politik dan tidak pernah terlibat dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sejajar dengan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Duta Malaysia ke AS, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang diura-urakan akan menjadi calon potensi menggantikan Zeti adalah tidak sesuai untuk mengekalkan keyakinan rakyat dan antarabangsa terhadap BNM,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin calon-calon yang bakal menggantikan Zeti Akhtar Aziz selepas tamat tempoh perkhidmatannya 1 April ini.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, calon yang baru harus berani, tegas, adil dan berkemampuan sebagaimana yang ditonjolkan oleh Zeti bagi berdepan dengan isu mencabar seperti 1MDB dan keadaan ekonomi hari ini.

Justeru, PAS katanya bersetuju dengan kenyataan Zeti sebelum ini yang mahu BNM terus kekal sebagai badan bebas daripada pengaruh politik.

“Ia bukan peringatan malah ia adalah amaran kepada kerajaan untuk melupakan kecenderungannya dalam mencabuli kebebasan BNM,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini Perdana Menteri masih belum memberikan sebarang maklum balas sebagai tanda bersetuju dengan Zeti dalam perkara tersebut.

“Rakyat menanti jaminan PM bahawa Bank Negara akan bebas dari campurtangan ahli politik.

“Jaminan ini sangat penting bagi membina keyakinan pelabur luar dan integriti BNM dapat dipertahankan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?