Isma Melaka FC tanam hasrat cipta pemain berperwatakan Abu Ubaidah Al-Jarrah

photo_2016-02-15_11-41-29

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Selasa – “Kita mahukan pemain-pemain bola yang hebat serta berkorban sepenuh jiwa raga, seumpama sahabat muda Abu Ubaidah Al-Jarrah, bukan sahaja di atas padang bola, tapi di segenap aspek kehidupan!,” kata Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Lukman Al Hakim, yang hadir menyampaikan amanat kepada skuad Isma Melaka FC, minggu lalu di Kerubong Perdana, Melaka.

Dalam pada itu, pengurus pasukannya, Nurul Aizam Zaini berkata, sebagai persiapan kejohanan tersebut, pada tiap perlawanan persahabatan yang mereka hadapi , skuad ini memilih untuk bertembung dengan pasukan yang kuat bagi menilai prestasi skuad mereka.

“Alhamdulillah setakat ini kita mampu beri persembahan yang baik. Kita telah selesai tiga perlawanan persahabatan dan satu lagi bakal berlangsung Khamis ini.

“Kita yakin lebih banyak perlawanan persahabatan di atas padang, ia akan membina keserasian pemain serta meningkatkan kemahiran para pemain untuk perlawanan sebenar,” katanya kepada Ismaweb.

Selain itu, beliau turut mendedahkan keistimewaan ketua jurulatih pasukannya, Mohd Soufi Anual yang baru sahaja tamat Kursus Awalan Kejurulatihan FAM.

“Ia beri kelebihan kepada pasukan kami dari segi taktikal dan strategi untuk pasukan.

“Dari segi pemain pula kita mewajibkan mereka untuk berlari setiap petang bagi menjaga stamina pada latihan yang diadakan setiap Sabtu dan Ahad, jam 8 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?