Kit Siang kata bertemu Tun M bincang singkir Najib
KUALA LUMPUR, Selasa – Penasihat parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang hari ini mengesahkan beliau berbincang dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar The Straits Times Singapura melaporkan Kit Siang membuat pengesahan bahawa dia juga bertemu dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Kit Siang dilaporkan memberitahu satu pertemuan kepemimpinan Selangor bahawa dia telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir mengenai beberapa ‘isu nasional’.
“DAP akan menyokong semua usaha untuk ‘Selamatkan Malaysia’ berbeza daripada kempen ‘Selamatkan Najib’ atau ‘Selamatkan UMNO,” kata Kit Siang sebagaimana dilaporkan akhbar berkenaan.
Tun Dr Mahathir semalam, mengumumkan keluar daripada parti terbesar bangsa Melayu yang kini berdepan masalah sokongan berikutan skandal membabitkan Najib.
Pada sidang medianya semalam Tun Dr Mahathir berkata, beliau akan tetap meneruskan usahanya untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.
“Saya akan pastikan Najib tidak akan terus menjadi Perdana Menteri negara ini,” katanya.
Pengumuman keluar UMNO itu dibuat Dr Mahathir kerana menyifatkan ia bukan lagi parti politik tetapi mendakwa sebagai parti individu bagi melindungi presidennya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan