Kongres Filipina tolak Undang-undang Asas Bangsamoro

49eb20f4-6de7-4b44-b3df-40d39b80447f

ZAMBOANGA CITY, Selasa – Ketua penasihat kerajaan bagi proses damai dengan kumpulan pemberontak terbesar di selatan Filipina mengakui terlalu kecewa berikutan kegagalan Kongres meluluskan cadangan Undang-undang Asas Bangsamoro (BBL).

Kegagalan itu boleh digunakan oleh kumpulan pelampau untuk merekrut ahli baru.

Teresita Deles, bagaimanapun, dalam satu kenyataan kelmarin berkata ‘mekanisme gencatan senjata berkait rapat untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku’.

“Tetapi, kekecewaan yang besar bukan alasan buat BBL menyediakan sesuatu yang lebih menarik seperti kawasan yang sesuai untuk merekrut radikal, pemikiran dan tindakan pelampau,” katanya.

Beliau bersyukur dengan mekanisme gencatan senjata terutama, jawatankuasa penyelaras Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman termasuk membendung penyebaran ekstremisme.

Deles mengeluarkan kenyataan sebagai tindak balas kepada komen Naib Pengerusi MILF (Hal Ehwal Politik), Ghadzali Jaafar yang mendakwa kumpulan bersenjata yang terbabit dalam pertempuran dengan tentera kerajaan di selatan Filipina sejak awal bulan ini kecewa dengan kegagalan pentadbiran Presiden Aquino meluluskan BBL itu.

Pihak tentera mendakwa membunuh sekurang-kurangnya 42 anggota yang disyaki pejuang Moro yang mempunyai hubungan dengan kumpulan penggganas di Asia Tenggara – Jemaah Islamiyah – minggu lalu, tetapi, pada Ahad lalu jurucakap tentera, Brig Resituto Padilla, membetulkan laporan itu kepada 24.

Ghadzali sebelum ini berkata, kepimpinan MILF tidak boleh menghalang pejuang daripada mengukuhkan kumpulan mereka kerana hubungan darah, sambil menambah bahawa hanya BBL dapat mengelakkan pertempuran yang sama di Mindanao.

BBL akan melaksanakan perjanjian damai 2014 yang ditandatangani dengan kerajaan pada 27 Mac 2014 yang merangkumi Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro yang mana rundingan damai mengenainya telah memakan masa selama 17 tahun.

Bagaimanapun, perjanjian itu ditangguhkan sepanjang tempoh pilihan raya presiden negara itu, yang membawa kepada ketakutan bahawa kumpulan pengganas mungkin cuba mengambil kesempatan daripada kegagalan itu untuk bergerak ke wilayah tersebut.

Deles berkata, walaupun Kongres gagal meluluskan BBL, kerajaan masih bekerja keras dan komited untuk mengekalkan keamanan di Mindanao. – Agensi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?