PAS Selangor tak akan sertai himpunan anti-Najib

prasad

BANGI, Selasa – PAS Selangor tidak akan turut serta dan tidak akan mengerahkan ahli untuk menyertai himpunan anti-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan bakal berlangsung 27 Mac ini.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Mohd Prasad Hanif, berkata pendirian PAS negeri itu adalah selari dengan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataannya semalam, beliau berkata, masalah yang dihadapi oleh negara pada masa ini adalah masalah endemik yang berpunca daripada penyalahgunaan kuasa di setiap peringkat dan institusi kerajaan.

“Penyakit Kronik yang menular di setiap peringkat pentadbiran ini hanya boleh diatasi dengan kepimpinan ulama dan profesional yang tekad, menekankan perkiraan dosa dan pahala serta meletakkan syariat Islam sebagai agenda utama,” katanya.

Mohd Prasad berkata, pada masa yang sama, PAS Selangor juga memahami hakikat bahawa ramai ahli UMNO kini menolak Najib dan seluruh barisan kepimpinan UMNO.

“Majoriti ahli UMNO kecewa dan tidak redha dengan tindakan korup dan otokratik beliau. Oleh itu, PAS menawarkan sebuah wadah yang syumul berteraskan Islam dan menyeru seluruh ahli Umno untuk berhijrah ke PAS.

“Untuk menjamin masa depan negara, PAS Selangor akan mempertingkatkan agenda penerangan agar rakyat memahami isu korupsi, integriti dan kebobrokan ekonomi serta mengajak seluruh rakyat Selangor untuk menolak UMNO dan Barisan Nasional di dalam PRU14 secara total,” katanya.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah satu acara yang diadakan secara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?