Pemain Indera Kayangan tidak akan beri laluan mudah buat pasukan lain
KANGAR, Selasa – Pasukan bola sepak ISMA Perlis FC tidak ketinggalan dalam mempersiapkan pasukan bagi menyertai kejohanan Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden ISMA yang akan diadakan pada hujung minggu ini.
Pengurusnya, Muhammad Hafiz Abdul Rahim berkata, Isma Perlis FC dibarisi oleh pemain-pemain muda yang rata-ratanya berumur antara 18-20 tahun.
“Walaupun usia yang masih muda, saya begitu yakin dengan kemampuan pemain-pemain dalam menggalas tugas mewakili negeri Indera Kayangan ini.
“Pemain-pemain dipilih daripada saringan yang dijalankan dan senarai akhir 20 pemain telah berjaya dimuktamadkan.
Hafiz berkata, di fasa terakhir ini, pemain-pemain gigih menjalani latihan harian bagi menguatkan aspek teknikal dan taktital supaya mampu memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain yang bertanding nanti.
“Kita mahu memberikan saingan kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Walaupun kita datang dari negeri yang kecil dan jauh nun di utara, kita tidak akan memberikan laluan mudah buat pasukan lain untuk mara ke peringkat seterusnya,” katanya.
Beberapa siri perlawanan persahabatan terakhir turut akan disusun agar pemain mampu mencari rentak permainan yang sebenar sebelum bertolak ke kejohanan tersebut.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan