Tun Dr Mahathir tak akan sertai pembangkang
BANGI, Selasa – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyertai parti pembangkang sebaliknya akan terus mendedahkan salah laku kerajaan.
Bekas Presiden UMNO itu juga berkata, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti pembangkang kerana tidak setuju dengan pandangan mereka.
“Tidak, saya tidak akan menyertai pembangkang. Saya tidak bersetuju dengan mereka,” katanya.
Semalam, Tun Dr Mahathir pada sidang media mengumumkan bahawa beliau dan isteri keluar daripada UMNO berikutan tidak berpuas hati dengan pemerintahan parti di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, kata nya, beliau hanya akan menyertai semula UMNO apabila Najib meninggalkan parti berkenaan.
Beliau yang turut mengulas berhubung tindakan penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu boleh kembali menjalankan tugas pada pemilihan parti yang akan datang.
“Dia masih ahli. Jika beliau mahu mencabar, dia boleh,” katanya.
Dalam kenyataan yang sama, beliau juga mengulas laporan terbaru The Wall Street Journal hari ini berkata, Najib boleh menyaman syarikat penerbitan tersebut sekiranya dakwaan di dalam laporan berkenaan palsu dan tidak benar.
“Mereka boleh didakwa di negara mereka sendiri. Dia (Najib) boleh saman,” katanya.
BERITA BERKAITAN:
Dana masuk akaun Najib lebih 1 bilion dolar AS: WSJ
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan