11 pegawai kanan PDRM bertukar, selaras jawatan mulai 16 Mei

pdrmKUALA LUMPUR, Sabtu – Sebelas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam pertukaran dan penyelarasan jawatan berkuat kuasa 16 Mei ini, kata Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menyebut Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas E3 Bukit Aman, Datuk Khariri Jaafar bertukar ke jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman yang baharu.

Tempat beliau diambil alih oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Rosly Abas.

Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk A Rahman Ahmad pula kekal pada jawatan sama dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Jawatan Mohd Zakaria akan diganti Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid yang sebelum ini, memegang jawatan sebagai Timbalan Komander Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah), Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman.

Tempat Razarudin akan diisi oleh Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi IPK Kelantan pula akan mengambil alih tempat Taufek dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Pegawai Turus E4A Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Suhaimi Deraman pula dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas IPK Sarawak dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Superintendan Mazmi Osman yang sebelum ini memegang jawatan Superintendan E4A1 Cawangan Khas Bukit Aman pula menggantikan tempat Suhaimi dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Timbalan Setiausaha Bahagian NKRA, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya Asisten Komisioner Marzuki Kamaruzaman dilantik sebagai Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Superintendan Pegawai Perhubungan PDRM (MPLO) Jakarta, Indonesia, Superintendan Naaim Yazid Md Saaid dinaikkan pangkat sebagai Asisten Komisioner Pegawai Perhubungan Kanan Jakarta, Indonesia dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?