15 NGO Islam Pulau Pinang desak Ramasamy mohon maaf
GEORGETOWN, Khamis – Berpandangan tidak cukup dengan luahan rasa kesal, 15 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang hari ini mendesak Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr P Ramasamy membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam.
Desakan itu dibuat berikutan kenyataan Ramasamy yang menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ melalui status di Facebooknya baru-baru ini.
Pengerusi NGO Dakwah Pulau Pinang, Mohd Yusni Ghazali berkata, gelaran Ramasamy kepada Dr Zakir Naik itu merupakan tindakan biadap yang dilemparkan oleh seorang pemimpin negeri.
“Pihak Gabungan NGO Dakwah Pulau Pinang mengecam tindakan Ramasamy dan mengesa satu permohonan maaf secara terbuka dibuat,” katanya memetik MyMetro.
Yusni berkata, tindakan Ramasamy yang sanggup menghina penceramah Islam itu amat dikesali dan mengecewakan.
Seharusnya pemimpin DAP itu dihalau keluar dari Malaysia di samping mencadangkan agar rakyat negara ini terutama kaum India secara beramai-ramai membuat laporan polis.
Sebelum ini Ramasamy menulis status di Facebook antaranya berbunyi ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.
Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada dalam negara untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan