18 askar Filipina maut bertempur dengan Abu Sayyaf
MANILA, Isnin – Seramai 18 orang anggota tentera Filipina terbunuh dalam pertempuran sengit dengan kumpulan militan Abu Sayyaf di Pulau Basilan dan dilihat sebagai keganasan yang paling terburuk pada tahun ini.
Seorang jurucakap unit tentera yang terlibat dalam operasi tersebut berkata, pasukan tentera Filipina diserang hendap ketika dalam perjalanan untuk menggempur tempat persembunyian kumpulan tersebut.
“Musuh berkubu di kawasan tanah tinggi jadi tidak kira di mana tentera kami melarikan diri daripada ahli-ahli kunmpulan Abu Sayyaf untuk mendapatkan perlindungan mereka masih boleh membedil senjata api dan dan membaling bom,” katanya.
Pertempuran tersebut dilaporkan berlaku apabila kumpulan tersebut menggugut untuk memotong kepala beberapa warga asing yang diculik mereka selepas gagal menerima wang tebusan pada tarikah akhir yang ditetapakans semalam.
Menurut jurucakap tentera wilayah lebih kurang empat anggota tentera dipancung dalam pertempuran yang melibatkan kira-kira 100 anggota Abu Sayyaf kebanyakkannya bersenjatakan pelancar bom tangan M203.
“Seramai 53 orang anggota dan sekurangnya 20 anggota kumpulan militan itu cedera dalam serangan tersebut.
“Pertempuran yang berlangsung selama hampir Sembilan jam itu turut membunuh lima anggota Abu Sayyaf termasuk seorang dari Maghribi yang lebih dikenali sebagai Mohammad Khattab dan Ubaida yang merupakan anak lelaki Komander Abu Sayyaf ,” katanya lagi.
Bulan lalu, kumpulan militan Abu Sayyaf telah menyiarkam rakaman video di lama Facebook yang menunjukkan seorang tebusan warganegara Norway dan dua lagi warganegara Kanada memberitahu mereka akan dibunuh jika wang tebusan tidak dibayar.
Walaupun jumlah wang tebusan tidak dinyatakan, video yang dimuat naik oleh kumpulan tersebut sebelum itu menuntut bayaran sebanyak AS$21 juta (RM82.1 juta) bagi setiap daripada tiga warga asing itu.- Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan