1MDB beli saham Tanjong Energy RM10.6 bilion tanpa penilaian terperinci

1mdb

KUALA LUMPUR, Khamis – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini mendedahkan tindakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membeli saham Tanjong Energy Holding bernilai RM10.6 bilion oleh dilakukan tanpa penilaian terperinci.

“Pembelian saham Tanjong Energy Holding Sdn Bhd dengan harga bidaan RM10.6 bilion pada 8 Februari 2012 dilakukan tanpa pertimbangan terperinci mengenai kaedah pembiayaan, kos pinjaman dan komitmen yang terpaksa ditanggung 1MDB untuk pengambilalihan,” kata PAC dalam laporan siasatan terhadap 1MDB.

Siasatan PAC terhadap 1MDB bermula pada Mei 2015 tetapi dihentikan secara tiba-tiba berikutan rombakan Kabinet yang menyaksikan pelantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin menggantikan bekas pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Antara yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada PAC ialah bekas pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamarduddin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif semasa 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan Shahrol.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?