1MDB berulang kali buat pembiayaan semula untuk bayar faedah hutang lama

1MDB-logo

KUALA LUMPUR, Jumaat – Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih menanggung
hutang berjumlah RM50 bilion sehingga Januari lalu, kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), semalam.

Membentangkan laporan setebal 106 muka surat di Dewan Rakyat, jawatankuasa yang dianggotai Ahli Parlimen
kerajaan dan pembangkang itu mendapati 1MDB membuat pinjaman baharu untuk membayar faedah kepada
hutang lama yang telah matang.

“Selepas melakukan siasatan, PAC mendapati struktur dan prestasi kewangan syarikat tidak memuaskan,” kata
laporan itu.

Pada mulanya, hutang itu kekal pada RM5 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion, berbanding nilai aset yang dimiliki sebanyak RM51 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 dan menggunakan RM2.4 bilion untuk membayar faedah pinjaman.

Pada Januari 2016, hutang mereka kekal kepada RM50 bilion berbanding nilai aset sebanyak RM53 bilion, di mana 1MDB menggunakan RM3.3 bilion untuk membayar faedah pinjaman antara 1 April 2013 sehingga 31 Mac 2015.

Adalah jelas bahawa tahap hutang dan bayaran kadar faedah terlalu tinggi berbanding aliran tunai syarikat itu, kata laporan berkenaan.

PAC juga berkata, 1MDB bergantung kepada pembiayaan semula bagi membayar hutang yang telah matang, selain membuat pinjaman baharu, yang antara lain digunakan untuk membayar faedah hutang lama.

Selepas beroperasi selama lima tahun, 1MDB berdepan aliran tunai yang tidak seimbang pada November 2014.

“Pihak pengurusan dan lembaga pengarah bergantung kepada tawaran awam permulaan (IPO) Edra Energy Berhad untuk mengumpul dana yang mana digunakan untuk membayar hutang dan kadar faedah.

“Bagaimanapun, IPO itu tidak dapat dilaksanakan kerana faktor dalaman dan luaran,” kata PAC.

PAC juga berkata, 1MDB berdepan kerugian pertama berjumlah RM665 juta yang diumumkan pada November 2014, yang menyebabkan hilangnya keyakinan terhadap syarikat itu.

1MDB seterusnya gagal membayar kebanyakan hutangnya yang telah matang yang berjumlah sehingga RM2 bilion melalui langkah pembiayaan semulanya.

Model perniagaan 1MDB bergantung kepada pinjaman dan ini membebankan syarikat kerana ia tidak mempunyai banyak pendapatan untuk menampung perbelanjaan operasi dan membayar hutangnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?