5 perkara Wanita Isma berbeza daripada Marina Mahathir
1. Wanita Isma terdiri daripada kalangan aktivis yang pelbagai latar belakang sama ada surirumah sepenuh masa, aktivis kebajikan dan masyarakat, serta wanita bekerjaya daripada pelbagai lapangan bidang seperti perubatan, kejuruteraan, pengurusan, perniagaan, pengurusan sumber manusia, bidak akademik, kaunseling, pengajian Islam dan lain-lain.
Aktivis Wanita Isma yang berasal daripada latar belakang generasi berbeza sama ada Boomers, Gen X dan Millenials, bergabung tenaga dengan menggunakan ilmu, kelayakan (qualification) dan pengalaman mereka secara “hands-on” dalam mendapatkan formula dan berusaha melalui program dan inisiatif untuk memastikan kelestarian dan kesejahteraan golongan wanita di Malaysia.
Marina Mahathir pula, tidak pernah bekerja dalam bidang pekerjaan sebenar, iaitu merasai suka duka bekerja sebagai majikan, pengurus mahupun pekerja dalam satu tempoh yang melayakkan beliau untuk mengatakan bahawa beliau memahami golongan wanita yang datang daripada pelbagai latar.
Beliau membesar sebagai anak ahli politik dan seterusnya anak Perdana Menteri, yang mempunyai tukang kebun sendiri untuk rumahnya seperti yang beliau ceritakan dalam artikelnya “Life in The Dr M Household”. Beliau terkenal sebagai pemimpin dan aktivis NGO seperti Malaysia AIDS Council dan Malaysia AIDS Foundation dan Sisters In Islam, juga sebagai penulis buku dan kolumnis.
2. Wanita Isma menjadikan Islam yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan untuk menjadi solusi kepada segala permasalahan yang melanda wanita dan masyarakat secara keseluruhan. Wanita Isma mengaggap Islam adalah cara kehidupan yang lengkap dan sempurna dan tidak perlu ada formula lain untuk menyelesaikan permasalahan hari ini.
Marina Mahathir dengan terang menerima nilai liberalisme dan pluralisme sebagai “pelengkap” kepada ajaran Islam, bahkan perlu mendefinasikan semula Muslim yang sebenar sebagai “Moderate Muslim”.
3. Wanita Isma memperjuangkan wanita mengikut kerangka syariat Islam, sedangkan Marina Mahathir memilih aliran feminisme untuk memperjuangkan hak wanita. Beliau mengiktiraf ideologi feminisme sebagai sesuatu yang mengembalikan hak-hak kepada wanita, dengan alasan Islam yang kita amalkan kini adalah tafsiran lelaki yang bersifat “misogyny”.
Walaupun begitu dalam satu debat beliau dengan Zara Huda Faris dari Muslim Debate Initiative (MDI) di United Kingdom awal tahun 2016, akhirnya Marina Mahathir mengiyakan semua hujah Zara Huda Faris yang menganggap bahawa feminisme hanyalah sebuah ideologi yang penuh “fallacy”.
4. Wanita Isma juga mengambil pendirian yang selari dengan Jabatan-Jabatan Agama dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mana-mana isu berkait akidah umat Islam di Malaysia.
Namun begitu, Marina Mahathir mengambil pendirian yang sedikit berbeza iaitu menganggap bahawa Islam adalah sesuatu yang terhad kepada kehidupan peribadi sahaja, dan tidak peru dikuatkuasa pada aspek kekeluargaan, masyarakat bahkan kenegaraan. Beliau sangat tidak bersetuju dengan “moral policing” sedangkan Wanita Isma menyokong apa sahaja inisiatif berbentuk “amar makruf nahi mungkar”.
Beliau juga menyatakan sokongan melalui Sisters In Islam (SIS) yang mengiktiraf dan mahu memberi ruang kepada LGBT, Syiah dan kebebasan beragama. Bahkan SIS pernah membela kumpulan ajaran sesat Ayah Pin dengan menyelar tindakan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Terengganu yang ingin membanteras kumpulan sesat tersebut.
Alasannya, tidak demokratik dan menyalahi hak asasi. Bahkan SIS membela penganjuran Seksualiti Merdeka dan mengecam pihak yang mengharamkan program itu.
5. Wanita Isma ikhlas berbakti kepada masyarakat, mengeluarkan tenaga, harta dan masa untuk memastikan supaya masyarakat kembali kepada Islam. Wanita Isma tidak mengharapkan sebarang ganjaran daripada mana-mana pihak melainkan Allah SWT walaupun tidak disenangi oleh kelompok manusia.
Tidak seperti Marina Mahathir, yang menganggap bahawa penerimaan anugerah dan pengiktirafan sebagai salah satu perkara penting yang memberi legitimasi kepada sesuatu perjuangan. Marina Mahathir baru-baru ini menyindir bahawa badan-badan agama Malaysia tidak akan memenangi mana-mana anugerah sepertimana Nisha Ayub yang dianggap beliau sebagai hero, yang terkini mendapat pelbagai anugerah dari Amerika Syarikat dan Perancis.
Nor Hidayah Ismail
Aktivis Wanita Isma
Ulasan
Catat Ulasan