65 kawasan di Klang, Kuala Langat alami gangguan bekalan air esok
BANGI, Jumaat – Beberapa kawasan di sekitar Klang dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara esok berikutan kerja penggantian untuk menaik taraf kelengkapan bagi menambah baik sistem agihan air, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan, hari ini.
“Kerja penggantian akan dijalankan dari jam 4 pagi hingga 8 malam. Bekalan air dijangka pulih dalam tempoh 12 jam sehingga 72 jam bergantung pada jarak premis dari kolam takungan air,” katanya.
Lima puluh empat kawasan di Klang yang terbabit dalam gangguan itu ialah Sobena Jaya, Pandamaran, Taman Radzi/Telok Gadong Besar, Telok Gadong Besar, Telok Gadong Kecik, Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Raja Uda, Flat Telok Gedung Indah.
Kawasan lain ialah rumah teres Telok Gedung Indah B, kawasan perumahan Taman Berembang, Flat Pandamaran Indah, kawasan perumahan Pendamar Indah, Jalan Tengku Badar dan Jalan Kastam/Jalan Sg Keladi, Jalan Kem, Jalan Raya Barat, Taman Selatan, Taman Petaling Indah, Taman Palm Grove, Taman Chi Liung, Taman Gembira, Taman Seri Andalas, Taman Melawis, Bukit Tinggi 1 dan Bukit Tinggi 2, Bandar Botanik, Ambang Botanik, Bayu Emas dan Bandar Parkland.
Glenmarie Cove, Bandar Puteri, Bandar Putera 2, Taman Bayu Perdana, Taman Rakyat Andalas, Taman Andalas Permai, Bandar Bestari Jaya, Jalan Seri Sarawak 14 hingga 21, Taman Seri Andalas, Taman Sentosa, Taman Klang Jaya, Taman Desawan, sebahagian Jalan Johan Setia.
Bayu Tinggi, Pandamaran, Kampung Pendamar, Glenn Cruise, Westport, Kota Pendamar, Taman Teluk Gedung Indah, Pulau Ketam, Pulau Indah Fasa 1, Pulau Indah Fasa 2, Kampung Pulau Indah, Laguna Park, Kampung Telok Gong, Taman Armada Putera dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Sebelas kawasan di Kuala Langat yang terbabit ialah Batu 7 Sijangkang, Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Desa Sijangkang, Taman Riveria Perdana, Taman Permai Sijangkang, Taman Sijangkang Indah, Taman Medan Indah, Taman Perwira, Taman Sijangkang Jaya dan Taman Sri Medan.
Syabas akan membuat penghantaran khas bekalan air ke hospital, pusat dialisis dan kepada pelanggan kurang upaya.
Pelanggan di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sementara akan dimaklumkan melalui Whatsapp, akaun Twitter dan Facebook Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Puspel), laman web www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar MySyabas.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan