“Adakah mereka tak tahu beza antara ludah dan kahak dengan cahaya terang benderang?”

Haji-Hazizi-56Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Selasa – Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman hari ini menempelak pihak yang mempertikaikan hak kebebasan bersuara yang diberikan kepada pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik di negara ini.

Beliau berkata, terdapat perbezaan dalam hak kebebasan bersuara bagi program yang membawa kepada landasan agama yang sebenar dan program yang nyata membawa kepada kekufuran.

“Kebebasan suara untuk mempromosikan kekufuran dan memperlekeh Tuhan serta Nabi adalah ibarat kahak dan ludah. Tapi kebebasan untuk mengajak orang beriman dengan Tuhan yang Maha Esa adalah cahaya yang terang benderang.

“Apakah jenis manusia yang tidak tahu membezakan antara kahak ludah dan cahaya yang terang benderang?” soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sesetengah pihak yang mempertikaikan kebenaran berceramah yang diberikan kepada Dr Zakir Naik.

Mereka mendakwa kebenaran yang sama sepatutnya juga diberikan kepada penceramah-penceramah liberal seperti Irsyad Manji atas nama hak kebebasan bersuara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?