Ahli MT UMNO sudah sanggup terima wang curi: Tun M
Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim
BANGI, Khamis – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO sanggup menerima sejumlah wang yang banyak tanpa mengira dari mana sumber asalnya, termasuk kemungkinan wang curi.
Perkara ini dapat dinilai apabila dalam mesyuarat MT, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba untuk menjelaskan daripada mana beliau memperoleh wang yang banyak itu dan kenapa beliau tidak memberitahu UMNO, katanya.
“Seorang Ahli MT berkata tidak perlu untuk Najib memberi penjelasan. Cuma berikan kepadanya RM5 juta pada pilihan raya akan datang dan dia akan menang.
“Sama ada wang itu hasil curian atau tidak, sudah tidak penting lagi bagi Anggota Majlis Tertinggi. Mereka dilihat sudah bersedia untuk menerima wang curi.
“Bolehkan kita mempercayai orang seperti ini untuk mentadbir Malaysia,” kata Tun Dr Mahathir melalui tulisan dalam blog beliau yang dimuat naik, petang tadi.
Beliau berkata, Najib disokong kuat oleh Ketua UMNO bahagian, Ahli Parlimen daripada UMNO serta Menteri Kabinet dan mereka bersedia menerima jutaan ringgit dari akaun peribadi Najib.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mengaku menerima RM1 juta daripada Najib dan menegaskan, ia adalah perkara normal.
Ismaweb.net difahamkan, kebanyakan Ketua Bahagian UMNO juga menerima jutaan ringgit daripada Najib sama ada untuk kegunaan parti atau peribadi kerana ‘ia tidak diaudit’.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan