Anak syarikat 1MDB bayar kemudahan kredit RM950 juta kepada kerajaan Malaysia
KUALA LUMPUR, Jumaat — Anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Plenitude Mentari Sdn Bhd, telah membayar semula sepenuhnya jumlah pokok dan faedah ke atas kemudahan kredit tersedia RM950 juta, yang disediakan oleh pemegang sahamnya, Kerajaan Malaysia.
1MDB menerusi satu kenyataan hari ini berkata kemudahan itu disediakan pada 27 Feb, susulan kajian strategik yang diumumkan pada 18 Feb tahun yang sama, sebagai tindak balas langsung kepada ketidaksepadanan tunai yang dihadapi oleh syarikat itu.
“Kemudahan kredit tersedia itu membantu menstabilkan syarikat pada ketika itu yang berhadapan serangan bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, dan tidak mempunyai pilihan pembiayaan lain,” katanya.
Hasil kestabilan itu, 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan dapat merangka dan melaksanakan pelan rasionalisasi, dan kejayaannya membolehkan kemudahan kredit tersedia itu dibayar sepenuhnya. — Bernama
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan